Curi kambing sama-sama, suami ‘cabut’ dulu semasa diserbu

Oleh – Syeikh Baran


Curi kambing sama-sama, suami ‘cabut’ dulu semasa diserbu
Asmara ditangkap oleh penduduk, manakala suaminya melarikan diri. – Tribunnews

Seorang suami tergamak melarikan diri meninggalkan isterinya apabila mereka diserbu oleh penduduk kampung semasa cuba mencuri kambing, lapor laman berita Kumparan kelmarin.

Kejadian berlaku di Empat Lawang, wilayah Sumatera Selatan pada 4 Julai lalu.



Dalam insiden tersebut,  Asmara Prianti  ditahan  polis selepas penduduk berjaya menangkapnya.

Namun, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Gusta, bertindak melarikan diri.

“Benar, berlakunya cubaan mencuri. Seorang suspek ditangkap oleh penduduk bersama bahan bukti iaitu seekor kambing yang dicuri,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Empat Lawang, Asisten Komisioner Polis Alpian.

Menurut Alpian,  ketika diserbu oleh penduduk kampung, Gusta sempat melarikan diri.



Suspek kini diburu polis.

Sementara itu, seorang saksi dikenali sebagai Yasir berkata, dia melihat pasangan tersebut menaiki motosikal sebelum berhenti di tepi jalan.

Menurutnya, salah seorang daripada mereka turun daripada motosikal dan melarikan seekor kambing.

Yasir  segera melaporkan perkara itu kepada pemilik kambing berkenaan yang tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian.



Ketika kembali ke lokasi itu, mereka mendapati kambing tersebut berada di dalam karung yang disembunyikan di balik pokok pisang berhampiran kawasan belukar.

Jika disabitkan bersalah, kedua-dua suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button