Didakwa pukul isteri sampai cedera

Oleh – Syeikh Baran


Didakwa pukul isteri sampai cedera
Tertuduh (kiri) tiba di Mahkamah Majistret Butterworth, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Seorang lelaki warga Bangladesh didakwa di Mahkamah Majistret Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya sehingga mendatangkan kecederaan, bulan lalu.

Tertuduh, Shuvo Chandra Roy,31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon bicara selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Siti Zulaikha Nordin@Ghani.



Tertuduh yang bekerja kilang didakwa melakukan kekerasan jenayah dengan tangan terhadap isterinya berusia 38 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah dalam daerah Seberang Perai Utara, pukul 9.30 malam, pada 29 Jun lalu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Semasa prosiding, pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh bukan warganegara selain semakan dengan Jabatan Imigresen mendapati lelaki itu sepatutnya pulang ke negaranya selepas Program Rekablirasi Tenaga Kerja (RTK) yang tamat tempoh 31 Mac lalu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button