Suami isteri bekal senjata kepada lelaki Israel, mohon ikat jamin

Oleh – Syeikh Baran


Suami isteri bekal senjata kepada lelaki Israel, mohon ikat jamin
Sharifah Faraha dan Abdul Azim ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Selangor

Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 25 Julai depan sebagai tarikh pendengaran permohonan ikat jamin ke atas pasangan suami isteri yang disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki warga Israel.

Hakim Ahmad Faizadh Yahaya turut mengarahkan pihak pendakwaan dan pembelaan tertuduh, Sharifah Faraha Syed Husin, 41, dan Abdul Azim Mohd. Yasin, 43, membuat hujahan pada tarikh tersebut.



Terdahulu, peguam Mohamad Isa Mohamad Basir yang mewakili Sharifah Faraha berkata, permohonan itu dikemukakan dengan merujuk kes-kes melibatkan Akta Senjata (Penalti Lebih Berat (1971).

Jelas beliau, anak guamnya itu sebelum ini tidak pernah ditawarkan jaminan sejak prosiding pendakwaan pada April lalu.

Permohonan sama turut dibuat Abdul Azim yang diwakili peguam Ethan Tan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik membantah sekerasnya permohonan itu dengan mengambil kira keseriusan pertuduhan dihadapi Sharifah Faraha.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button