Supermarket sorok, enggan jual minyak masak peket kepada pelanggan

Oleh – Syeikh Baran


Supermarket sorok, enggan jual minyak masak peket kepada pelanggan
Minyak masak paket yang disorok di sebuah supermarket di Langkap, Teluk Intan semalam.

Keengganan sebuah pasar raya di Langkap di sini menjual minyak masak peket kepada pelanggan mengundang padah apabila premis itu dikenakan tindakan penguatkuasaan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam.

Pengarahnya, Datuk Kamalludin Ismail berkata, operasi itu dilaksanakan pukul 12.17 tengah hari oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDN Cawangan Teluk Intan.



“Tindakan ini adalah hasil maklumat orang awam yang mendakwa penjual menyembunyikan minyak masak paket dan enggan menjualnya ketika diminta.

“Bagi memastikan aduan itu berasas, pegawai melakukan penyamaran sebelum dimaklumkan minyak masak paket kehabisan stok,” katanya hari ini.

Kamalludin berkata, susulan itu, pegawai berpakaian seragam masuk ke dalam premis dan menemui 388kg minyak masak di dalam stor.

“Berikutan itu, satu arahan pengisytiharan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 dikeluarkan kepada penyelia premis dan barangan itu disita untuk siasatan lanjut,” katanya.



Sumber – KOSMO ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button