Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.

Oleh Adam Malik

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.

Desakan untuk PAS ambil alih jawatan Muhyiddin semakin kuat.



Walaupun hubungan Muhyiddin Yassin dan Haji Hadi kelihatan baik dan elok, namun tanpa diketahui ramai, ia sebenar sedang menghadapi pergolakan.

Kedua dua parti induk yang membentuk Gabungan Perikatan Nasional sedang menghadapi krisis kepimpinan yang sukar dibendung.

Krisis kepimpinan yang merangkumi dua aspek.

Pertama, krisis antara Parti Bersatu dan PAS dan kedua krisis dalaman kedua parti.



Dari maklumat yang pihak kami terima sudah ada suara dalaman PAS mahu Haji Hadi atau pun PAS mengambil alih mengetuai Perikatan Nasional.

Sudah tiba masa nya untuk PAS menerajui PN dan Muhyiddin harus undur beri laluan.

PAS sukar berhadapan dengan soalan dari masyarakat dan ahli bawahan kenapa Haji Hadi tidak mengetuai PN.

Bagaimana dengan slogan Islam memimpin jika didalam PN pun PAS tidak memimpin.



Slogan PAS berjuang untuk Islam pun kelihatan tidak masuk akal kerana PAS diketuai oleh Parti lain yang lebih kecil dan sedikit kerusi.

Dari sudut lain pula, semua pihak tahu Haji Hadi seorang yang tidak miliki kemampuan untuk menerajui PN kerana “lack of knowledge” dalam urusan mentadbir dan tidak pernah menunjuk bakat mentadbir ketika menjadi Menteri Besar dan Menteri dalam kerajaan.

Bagaimaha pula nanti berhadapan dengan isu nasional.

Sebagai Ketua Hadi perlu banyak membaca dan melihat pelbagai isu secara mendalam untuk mengupas.



Memperli menyindir pihak lain dan sekali sekala petik kisah rasul sudah tidak boleh lagi digunapakai.

Kenali isu dan beri solusi adalah diperlukan untuk Hadi jika mahu memimpin gabungan.

Maka, siapa pula layak mengganti Hadi yang semakin uzur dan umur yang meningkat?

Ini lah kisah krisis dalaman PAS yang sedang hangat dibual sesama kepimpinan PAS.



Bagi Parti Bersatu , Muhyiddin Yassin pula duanggap sudah menjadi liabiliti kepada PAS dan PN.

Muhyiddin hadapi banyak kes dimahkamah.

Menjadi beban kepada gabungan dan Parti Bersatu juga.

Bagaimana PN boleh menggunakan Kluster Broker umno mendesak Presiden umno Ahmad Zahid supaya undur kerana miliki banyak kes tetapi diwaktu yang sama boleh “retain” Presiden Bersatu sendiri yang banyak kes?



Ini hipokrasi tahap tinggi.

Pada PRK Sg Bakap Muhyiddin diketepikan oleh PAS apabila PAS tidak tunggu Muhyiddin sebagai Pengerusi untuk umum nama calon.

Gabungan jenis apa ini?

Namun yang jelas tiada lagi keharmonian antara mereka.

Dari hal dalaman Bersatu, sudah ada desas desus ada pihak mahu ambil jawatan Muhyiddin tetapi terhalang akibat campurtangan Mahathir.

Selagi Muhyiddin tidak diganti amat sukar untuk Bersatu “justify” mereka mahu perjuangkan kebenaran dan keadilan.

Bersatu juga sudah tidak boleh menuduh pihak lawan dengan skandal dan rasuah kerana dalam Bersatu miliki pemimpin banyak kes.

Tun Mahathir juga sudah mati akal kerana dibawah batang hidung nya ada parti yang banyak kes rasuah , dan bagaimana beliau mahu menjawab kerana dulu beliau paling bising terhadap kes kes pemimpin umno yang beliau cipta.

Krisis kepimpinan dalam PN dijangka semakin parah menjelang PRU16 dan lebih parah jika kes Muhyiddin disabitkan.

Tidak dapat dibayangkan PAS juang Islam sambil peluk perasuah.

Ini antara masalah dua Parti yang bercita cita perintah negara dalam masa yang sama memikul kepalsuan.

Umpama ayam jantan yang kuat berkokok kesana kemari tetapi ekor gelumang najis.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button