Liwat kenalan gimnasium: Suspek ditahan di Ipoh

Oleh – Syeikh Baran


Liwat kenalan gimnasium: Suspek ditahan di Ipoh
Gambar Hiasan

Polis telah menahan suspek lelaki yang disyaki meliwat lelaki warga Bangladesh dalam kejadian di sebuah kondominium, di sini, Khamis minggu lalu.

Suspek warga tempatan berusia 37 tahun itu ditahan di Ipoh, Perak kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.



Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, tangkapan dilakukan oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bersama ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.

“Suspek telah diberkas di Ipoh pada hari ini kira-kira pukul 11.45 pagi.

“Lelaki berkenaan telah dibawa balik ke IPD Petaling Jaya dan akan dipohon tindakan reman,” katanya hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pelawaan untuk berbual di rumah bertukar menjadi mimpi ngeri buat seorang lelaki warga asing apabila diliwat kenalan di sebuah kondominium, di sini.

Mangsa berusia 25 tahun memaklumkan baru berkenalan dengan suspek di sebuah gimnasium pada Mac lalu.



Kejadian berlaku apabila suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk berbual sekitar pukul 5 petang.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button