Isu Seksyen 23: Alif Teega, Aisyah kekal direman 4 hari

Oleh – Syeikh Baran


Isu Seksyen 23: Alif Teega, Aisyah kekal direman 4 hari
Pasangan suami isteri pempengaruh popular dibawa pegawai SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini. – Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

Pasangan suami isteri pempengaruh popular kekal direman selama empat hari mengikut Seksyen 23 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Ia berikutan Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan semakan pasangan itu iaitu Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30, atau Alif Teega dan isterinya Aisyah Hijanah Azhari, 26, selaku pemohon untuk mengetepikan perintah reman yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.



Dalam penghakiman ringkasnya, Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin berkata Mahkamah Majistret Putrajaya telah mematuhi peruntukkan mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Isu tiada kaitan antara pemohon dengan kesalahan yg disiasat tidak mempunyai merit. Apa-apa kesalahan yg dilakukan pemohon-pemohon jika ada hanya boleh ditentukan selepas siasatan selesai.

Perintah reman oleh Mahkamah Majistret Putrajaya ke atas pemohon-pemohon adalah sah dan permohonan pemohon ditolak,” kata kata Hakim itu.

Penghakiman ringkas Hakim Muhammad Jamil turut menyatakan pihak SPRM seharusnya dibenarkan melengkapkan siasatan mereka terhadap pemohon-pemohon



Terdahulu, peguam Abd Rahim Ali yang mewakili pemohon berhujah anak guamnya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana badan awam.

“Pemegang saham dalam syarikat Hijanah Haul Holdings Sdn. Bhd. hanyalah OYDS pertama dan kedua. Ahli-ahli dalam syarikat itu juga bukanlah pegawai badan awam dan pihak kami berhujah tiada kaitan antara kedua-dua suspek dan kesalahan yang disyaki.

“Oleh kerana tidak terdapat sebarang kaitan, maka perintah reman yg diberikan Mahkamah Majistret hendaklah diketepikan,” katanya.

Sementara, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib selaku responden ketika berhujah memaklumkan siasatan mengikut seksyen 23 yang dibuat kepada pemohon-pemohon hanyakah permulaaan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada SPRM.



“Seksyen 23 akta SPRM hanyalah permulaan siasatan berdasarkan maklumat yang diperoleh. Permohonan semakan ini adalah pramatang kerana tiada apa-apa asas untuk mengatakan siasatan telah selesai dan tiada kesalahan di bawah seksyen tersebut,” katanya.

Semalam pasangan suami isteri itu pempengaruh popular yang direman selama empat hari berhubung kesalahan salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.

Turut direman ialah dua lagi lelaki yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan.

Perintah reman selama empat hari sehingga Ahad itu dikeluarkan Majistret Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas membenarkan permohonan SPRM untuk menahan pasangan itu masing-masing berusia 30 dan 26 tahun.



Sebelum ini pempengaruh terbabit menerusi peguamnya menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini.

Pasangan suami isteri itu turut menegaskan dia dan suami tidak pernah menggunakan wang tersebut untuk tujuan peribadi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button