Pencuri pulangkan motosikal kepada pemilik

Oleh – Syeikh Baran


Pencuri pulangkan motosikal kepada pemilik
Siti Choiriyah bersama motosikal yang dipulangkan oleh pencuri. – Tribunnews

Seorang wanita di Indonesia terkejut apabila motosikalnya yang hilang kerana dicuri tiba-tiba dipulangkan semula, lapor saluran berita Tribunnews semalam. 

Mangsa bernama Siti Choiriyah dan berusia 41 tahun. Dia memiliki motosikal jenama Honda Beat. 



Menurut mangsa, motosikal itu hilang di rumah selepas dia pulang dari Pantai Parangtritis bersama anaknya.

Kenderaan itu dipercayai dicuri sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) di Sentolo, wilayah khas Yogyakarta pada Jumaat lalu.

Susulan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Sentolo kerana mengalami kerugian 8.7 juta rupiah (RM2,515).

Mangsa juga memuat naik kejadian tersebut di media sosial sehingga menjadi tular, menyebabkan pelaku mengembalikan motosikal miliknya. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button