Euro 2024: England mahu Southgate kekal
Euro 2024: England mahu Southgate kekal
BERLIN – Tanpa mengira apa juga keputusan pada aksi final Euro 2024 awal pagi Isnin ini, Gareth Southgate dilapor akan terus kekal selaku pengendali England untuk tempoh dua tahun lagi.
Persatuan Bola Sepak England (FA) mahu terus memujuk Southgate untuknya kekal melatih pasukan pada Piala Dunia 2026.
Terdapat laporan yang mengatakan Southgate akan meninggalkan pasukan itu terutamanya selepas wujud rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong The Three Lions.
Bagaimanapun, FA England merasakan kejayaan mara ke final Euro 2024 menjadikan jurulatih itu sebagai individu tepat untuk kekal mengetuai pasukan.
Southgate lebih selesa untuk memikirkan cara terbaik berdepan Sepanyol di perlawanan akhir dan mengakui England harus turun dengan lebih sempurna sekiranya mahu tewaskan La Roja yang dilabel sebagai pasukan terbaik pada kejohanan kali ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Syed Saddiq dan larian politik yang penuh kontroversi dan keraguan.
- Mungkinkah Keputusan YDP Dewan Rakyat Mengekalkan 6 Kerusi Ahli Parlimen PPBM Akan Mencetuskan Krisis Perlembagaan?
- Masukkan Usul Desak Kerajaan Berikan Penjelasan Mengenai Kewujudan Titah Adendum Pengampunan DS Najib Dalam PAU
Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?
“Sepanyol adalah pasukan pilihan terutamanya selepas apa mereka lakukan sepanjang kejohanan kali ini. Mereka memiliki skuad terbaik.
“Kini kami harus segera berada pada kondisi terbaik dan dalam aspek taktikal juga kami perlu tampil lebih sempurna kerana lawan kami adalah pasukan yang memiliki kualiti,” kata Southgate.
Daripada perjanjian asal, kontrak Southgate akan tamat pada Disember ini dan keputusan akan dibuat lebih awal memandangkan tugasan England selepas ini adalah pada September.
Sebelum ini, Southgate dikaitkan dengan Manchester United, namun selepas pengesahan Erik Ten Hag kekal selaku pengurus The Red Devils, jurulatih 53 tahun itu masih lagi berahsia tentang masa depannya. – AGENSI
Euro 2024: England mahu Southgate kekal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024
- Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?
- Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :