Gelombang menderhaka sudah bermula.
Oleh Adam Malik.
Gelombang menderhaka bermula.
Tiada kerajaan yang sempurna, ada kerajaan yang memerintah lebih baik dan ada yang tidak memerintah dengan baik.
Selagi kerajaan diperintah oleh manusia, maka pasti ada kelemahan.
Hatta, itu lah sebab nya ada pilihanraya lima tahun sekali bertujuan untuk menukar kerajaan.
Rakyat diberi peluang untuk memilih kerajaan yang mereka suka walaupun pilihan rakyat belum tentu betul dan tepat.
Di Malaysia , majoriti rakyat memilih dan mengundi ikut sentimen suka dan benci, dan bukan mengundi siapa yang terbaik.
Tambah lagi golongan yang tidak suka membaca dan mencari infomasi dan data lebih ramai dari golongan yang berpengetahuan.
Maka kerana rakyat golongan ini lah yang mengakibatkan ada nya pemimpin tidak berkualiti dan rendah moral.
Terkadang pemimpin jenis ini tidak ambil cara tamadun dan tertib lalu terpekik dan terlolong didalam Dewan Parlimen.
Mereka seringkali ganggu hujah pihak lawan supaya terhenti dan tersekat pendedahan fakta.
Jika mereka golongan intelek yang berfakta sudah pasti mereka tunggu giliran mereka untuk mematah hujah atau “counter” hujah lawan.
Wakil rakyat jelek datang dari pengundi jelek.
Berbalik kepada topik kita diatas, terdapat semalam sebaran di MEDSOS berkenaan satu gerakan yang dinamakan “Gelombang Selamatkan Malaysia”.
Sungguh lucu dan jenaka sekali nama yang dipilih untuk gerakan mereka.
Gambar hero hero yang terbabit terpampang pada poster gelombang itu.
Persoalan, hendak selamatkan Malaysia dari apa? Dari siapa?
Gerakan ini mirip seperti gerakan hendak jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak satu ketika dulu.
Cara dan Modus Operandi yang sama digunakan.
Pada ketika itu gambaran negara berada didalam kehancuran telah dimainkan.
Negara telah dimufliskan dan bermacam lagi.
Apa sahaja yang buruk mesti dikaitkan dengan DSNR,
Jika ada pembunuhan pun segera dikaitkan dengan DSNR.
Hari demi hari dimainkan DSNR mencuri dan merompak, dan DSNR pun tumbang.
Akhirnya kebenaran muncul, semuanya sekadar fitnah sahaja.
Kes 1MDB juga nemalukan negara dengan sistem kehakiman menjadi bahan gelak ketawa rakyat.
Sehingga jatuh hukum pun tidak nampak bukti selain kenyataan saksi sahaja.
Paling memalukan pencuri sebenar tidak didakwa walau terangan mahkamah Amerika nendedahkan pencuri adalah kroni kepada yang mencipta kes.
Kini, muncul pula gerakan Gelombang Selamatkan Malaysia,
Ini ternyata MO yang sama versi kedua.
Oleh sebab cara dan MO nya mirip, maka tidak syak lagi siapa dibelakang nya walau wajah nya tidak terpampang pada poster yang disebarkan.
Bagi mereka yang amatur atau ” greenhorn” dalam politik tentu tidak dapat meneka.
Bagi mereka yang sudah matang tentu tahu kerja siapa dibelakang tabir.
Apa yang rakyat perlu suspek adalah ini MO dari pihak yang sama yang jatuhkan Najib.
Watak watak digunakan hampir semua ada kes mahkamah , lima orang , dan empat orang dari mereka ada anak dan menantu yang ada kes mahkamah.
Maka usah lah rakyat terpengaruh, tunggu sahaja pru16, pilih lah siapa yang dimahukan.
Usah subahat menyokong kerja anarki.
Jangan terpedaya lagi.