Zul Ariffin Belasah Teman Wanita?
Ini Pengakuan Jujur Pelakon Sasa Itu-“Saya Tiada Genetik Angkat Tangan”
Zul Ariffin Belasah Teman Wanita?
Pelakon terkenal Zul Ariffin sekali lagi menjadi tumpuan apabila namanya disebut dalam laporan media yang mendakwa seorang pelakon bertubuh sasa telah memukul teman wanitanya.
Bagaimanapun, Zul Ariffin dengan tegas menafikan dakwaan tersebut, menegaskan bahawa dia bukan individu yang terlibat dalam insiden tersebut.
“Saya tiada genetik (keturunan) pukul atau angkat tangan pada perempuan,” kata Zul Ariffin dalam satu temubual media baru-baru ini. Pelakon berusia 38 tahun itu menambah bahawa dia tidak tahu menahu mengenai kes terbabit dan terkejut namanya dikaitkan dengan dakwaan tersebut.
“Saya tak tahu nama saya panas sebab saya di lokasi penggambaran. Saya tak tahu nak cakap apa sebab individu itu bukan saya. Sekarang ini banyak lelaki yang tak berapa nak lelaki sangat. Saya rasa disebabkan umur itu nama saya dipetik tapi saya ambil peluang untuk bagi tahu umur saya 38 tahun,” katanya.
Zul juga mengaku bahawa dia hilang hormat terhadap lelaki yang menggunakan kekerasan terhadap perempuan.
“Saya memang kurang hormat kepada lelaki yang angkat tangan pada perempuan,” tegasnya.
Terdahulu, berita mengenai seorang pelakon lelaki bertubuh sasa yang didakwa memukul teman wanitanya telah menjadi bualan hangat, dan beberapa nama selebriti seperti Zul Ariffin, Ammar Alfian, dan Syazwan Zulkifli turut dikaitkan dengan dakwaan tersebut.
Namun, Zul dengan tegas menafikan penglibatannya dan berharap agar kebenaran akan terungkap.
Zul Ariffin Belasah Teman Wanita?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024
- Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?
- Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.