Azharina Terharu Dengan Tindakan Anaknya

Anak Buat Kejutan Di Sekolah

Azharina Terharu Dengan Tindakan Anaknya

Azharina Terharu Dengan Tindakan Anaknya
Azharina Terharu Dengan Tindakan Anaknya

Satu hantaran milik penyanyi Azharina Azhar baru-baru ini di Instagram telah mendapat perhatian warga net.

Anak Melakukan Kejutan

Dalam hantaran tersebut, Azharina menunjukkan ‘moment’ dimana anak angkatnya, Rahmat Azharin Aziz melakukan satu kejutan istimewa buat dirinya dengan menyanyikan lagu You Are My Sunshine sempena minggu Bahasa Inggeris di sekolahnya.

Azharina yang mana pada hari tersebut hadir ke sekolah anaknya itu untuk memberi kata-kata motivasi kepada pelajar tahun empat, lima dan enam bersempena minggu Bahasa Inggeris berkenaan.



Menurut Harian Metro, Azharina terkejut apabila anaknya itu masuk ke dalam dewan sambil menyanyikan lagu yang selalu dinyanyikan olehnya sebelum tidur.

Saya sangat terkejut apabila Rahmat masuk ke dalam dewan sambil menyanyikan lagu You Are My Sunshine yang juga lagu wajib yang dinyanyikan untuk anak-anak sebelum tidur.

Allah saja yang tahu perasaan saya masa itu. Saya tak tahu nak gambarkan macam mana. Anak yang saya jaga dan sayang sejak lahir boleh buat kejutan macam itu.

Kejutan Luar Biasa

Azharina Terharu Dengan Tindakan Anaknya
via Instagram Azharina

Mengenai anak sulungnya itu, kata Azharina, ia juga kali pertama dia melihat Rahmat berani menyanyi di hadapan orang ramai.



Seperti yang anda semua tahu, Rahmat adalah anak istimewa dan menghidap disleksia yang Allah hadirkan dalam hidup saya.

Jadi, kejutan yang dibuat oleh Rahmat ini sangat luar biasa. Saya sendiri terkejut kerana dia berani menyanyi di hadapan ramai orang. Dia menyanyi sambil pegang tangan dan pimpin saya ke atas pentas.

Sebelum ini, memang saya tahu dia boleh menyanyi tapi di hadapan orang yang dia rapat saja

Menurut Azharina lagi, karakter dan sifat yang ada pada diri Rahmat adalah seorang yang ceria, penyayang dan sangat melindungi ahli keluarga.



Azharina Terharu Dengan Tindakan Anaknya



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button