Euro 2024: Sepanyol mahu padam semangat England

Euro 2024: Sepanyol mahu padam semangat England

Euro 2024: Sepanyol mahu padam semangat England
SEPANYOL perlu berhati-hati dalam keghairahan mereka memburu kejuaraan ketika berdepan England yang begitu membara untuk menebus kekecewaan pada edisi lalu. – FB SEFUTBOL

BERLIN – Sepanyol perlu berada pada prestasi terbaik sekiranya mahu menumbangkan England pada perlawanan akhir Euro 2024 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Olimpik Berlin awal pagi esok.

Pemain tengah La Roja, Rodri memberi amaran kepada rakan sepasukan supaya berwaspada dengan kelibat pemain sayap England, Phil Foden kerana menganggap rakan sepasukannya di Manchester City itu mampu melakukan sesuatu yang luar biasa.

Justeru, pemain-pemain Sepanyol, khususnya barisan pertahanan perlu mencari jalan penyelesaian terbaik bagi merantai pergerakan penerima anugerah Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.



“Kalau anda tanya siapakah pemain England yang mahu saya singkirkan, sebenarnya ramai dalam fikiran. Bagaimanapun, paling utama adalah Phil Foden kerana saya tahu apa yang dia mampu lakukan.

“Dia memiliki kemampuan untuk bergerak dalam ruang yang kecil bagi mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan. Oleh itu, kami perlu memastikan dia tidak dapat bergerak bebas pada perlawanan akhir nanti,” katanya.

Bagaimanapun, Rodri menjelaskan, mereka tidak boleh memberikan sepenuh tumpuan kepada Foden semata-mata memandangkan skuad The Three Lions itu memiliki ramai pemain yang berkemampuan menjaringkan gol.

Pengalamannya beraksi dalam Liga Perdana sedikit sebanyak membuatkan Rodri lebih berwaspada dengan kemampuan pemain-pemain England, terutamanya pada perlawanan besar seperti final Euro.

“Saya tidak gemar untuk fokus kepada seseorang pemain sahaja kerana kami memerlukan gambaran jelas mengenai kekuatan England. Saya tahu budaya bola sepak Inggeris, jadi kami perlu berhati-hati,” ujarnya. – AGENSI



Euro 2024: Sepanyol mahu padam semangat England

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button