Euro 2024: Harry Kane idam buru penutup sempurna

Euro 2024: Harry Kane idam buru penutup sempurna

Euro 2024: Harry Kane idam buru penutup sempurna
KANE kini mengumpul tiga gol dan terikat jumlah jaringan bersama Olmo dalam perebutan gelaran penjaring terbanyak sekali gus membakar semangat untuk meledak gol pada aksi final nanti. – FB ENGLAND FOOTBALL TEAM

BERLIN – Persaingan dengan Dani Olmo dalam perebutan Anugerah Kasut Emas selaku penjaring terbanyak Euro 2024 bakal menjadi rangsangan buat penyerang England, Harry Kane untuk tampil lebih baik pada aksi final awal pagi esok.

Bagaimanapun, Kane sentiasa bersikap waspada dan tidak mahu terlalu ghairah sebaliknya lebih menumpukan kepada persiapan pasukan kerana sedar Sepanyol adalah lawan sukar.

“Perasaan pasti bangga, namun sekarang hanya tinggal satu lagi perlawanan dan kami perlu memanfaatkan kesempatan ini. Semua orang tahu kejohanan ini agak mencabar namun apa yang sudah kami lakukan adalah cukup istimewa.



“Kita bercakap tenang bersiap sedia dan semua orang sudah pun menyiapkan diri kerana kami sedar ini detik penting buat pasukan. Ada pemain mungkin akan dapat bermain lima minit, seminit tetapi kamu pastinya boleh buat perubahan.

“Semua orang boleh memastikan kemenangan buat kami seperti yang Ollie Watkins lakukan dan saya tahu dia sudah cukup bersabar sehinggalah impak yang dia hadirkan buat pasukan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?




Selain Kane dan Olmo, terdapat empat lagi pemain yang turut merekodkan tiga gol setakat ini iaitu Jamal Musiala (Jerman), Cody Gakpo (Belanda), Georges Mikautadze (Georgia) dan Ivan Schranz (Slovakia).

Sepanjang kariernya, anugerah ‘pakar gol’ bukan perkara asing buat Kane kerana pernah melakukannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali, muncul penjaring terbanyak Liga Juara-Juara musim 2023/24 dan turut dinobatkan penerima Kasut Emas Piala Dunia 2018.

Jude Bellingham dan Fabian Ruiz (Sepanyol) yang kini sudah merekodkan dua gol juga pastinya sedang mengintai peluang untuk menoktahkan status penjaring terbanyak kejohanan sekiranya Kane serta Olmo tidak mampu menghasilkan sebarang gol di pentas final.

Kane turut memuji aksi yang dipamerkan rakan sepasukannya, Watkins yang berjaya menampilkan aksi cemerlang biarpun jarang diturunkan pada kempen kali ini.



“Penyudah yang cukup hebat dan saya gembira dengan apa yang dilakukan Ollie Watkins. Dia berhak untuk mendapat pujian dan sekarang kami masih memerlukan semua orang untuk hadapi perlawanan akhir,” jelasnya. – AGENSI

 

Euro 2024: Harry Kane idam buru penutup sempurna

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button