14 GRO di Kuala Terengganu didenda RM700

Oleh – Syeikh Baran


14 GRO di Kuala Terengganu didenda RM700
Sebahagian 14 wanita Thailand yang didenda RM700 kerana menyalahguna pas lawatan sosial di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

Gara-gara menyalahguna pas lawatan sosial, seramai 14 wanita Thailand yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menjatuhkan hukuman demikian selepas kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thai.



Beliau memerintahkan setiap tertuduh yang gagal membayar denda dikenakan hukuman penjara selama sebulan.

Berdasarkan pertuduhan, kesemua tertuduh yang berusia dalam lingkungan 20 sehingga 40 tahun didakwa melanggar syarat pas lawatan sosial yang berkuatkuasa sehingga 5 Ogos depan dengan bekerja sebagai pelayan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis hiburan di daerah ini pada pukul 1.30 pagi, 30 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalilan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Che Amir Che Musa.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button