Selangor FC tergamam, KL City kuasai derbi Lembah Klang
Selangor FC tergamam, KL City kuasai derbi Lembah Klang
KUALA LUMPUR – Momentum cemerlang pasukan Selangor FC pada kempen Liga Super musim ini akhirnya ‘terhenti’ seketika susulan tewas 0-1 kepada Kuala Lumpur City (KL City) dalam aksi di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, skuad Gergasi Merah kendalian Nidzam Jamil membariskan kesebelasan terbaik dengan menyenaraikan Ronnie Fernandez, Alvin Fortes, Yohandry Orozco dan Noor Al Rawabdeh dalam kesebelasan Utama.
Namun, tuan rumah terlebih dahulu menguji benteng pelawat tetapi tandukan yang dilakukan oleh Zhafri Yahya dapat ditepis penjaga gol, Sam Sommerville pada minit ke-12.
Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi ketumpulan jentera serangan menyaksikan kedudukan 0-0 kekal pada tamat babak pertama.
Bersambung pada separuh masa kedua, Selangor FC tidak menunggu lama untuk menguji The City Boys dan kini giliran Fernandez untuk melakukan rembatan tetapi dinafikan penjaga gol, Azri Ghani.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Syed Saddiq dan larian politik yang penuh kontroversi dan keraguan.
- Mungkinkah Keputusan YDP Dewan Rakyat Mengekalkan 6 Kerusi Ahli Parlimen PPBM Akan Mencetuskan Krisis Perlembagaan?
- Masukkan Usul Desak Kerajaan Berikan Penjelasan Mengenai Kewujudan Titah Adendum Pengampunan DS Najib Dalam PAU
Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?
KL City yang mempamerkan taktikal serangan balas pantas akhirnya membolosi gawang skuad Merah Kuning hasil penyudah cantik pemain import, Jovan Motika pada minit ke-62.
Peluang terbaik Selangor untuk menyamakan kedudukan hadir menerusi ledakan pemain gantian, Aliff Haiqal Lau berselang 10 minit kemudian tetapi masih gagal menerjah gawang tuan rumah.
Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan dengan Selangor FC kekal dengan sembilan mata manakala KL City meraih lapan mata. – KOSMO! ONLINE
Selangor FC tergamam, KL City kuasai derbi Lembah Klang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024
- Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?
- Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :