Remaja dikhuatiri lemas jatuh bot

Oleh – Syeikh Baran


Remaja dikhuatiri lemas jatuh bot
BOT dinaiki mangsa yang dikhuatiri jatuh ke dalam sungai ditemukan di Sungai Pahang di Pekan.

Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ketika mengemudi bot di Sungai Pahang dekat sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri, 17, dikatakan turun ke sungai untuk menangkap ikan.



Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 9 pagi

“Bapa mangsa mengesahkan bot yang berada di tengah sungai adalah miliknya. Bot itu dinaiki anaknya dan bapa mangsa memberitahu anaknya biasa mencari ikan di Sungai Pahang berhampiran Kampung Belimbing di sini,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Maran diaktifkan semalam melibatkan anggota bomba dan polis.

Selain itu katanya, operasi pencarian turut dibantu penduduk Kampung Belimbing dan Kampung Orang Asli Tanah Merah.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button