Penyejuk termaju

Penyejuk termaju

Penyejuk termaju
AHMAD Sabirin (kiri) bersama Nor Hasnah melakukan gimik pelancaran piawaian SIRIM 65:2024 di Sirim Berhad, semalam.

Shah Alam: Sirim melancarkan piawaian industri baharu Sirim 65:2024 bertajuk Healthy Purification Rating of Refrigerating Appliances for Household and Similar Use – Requirements and Methods of Test bertujuan menggalakkan kehidupan lebih sihat melalui teknologi penyejuk termaju.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan, Datuk Dr Ahmad Sabirin Arshad berkata, skop Sirim 65 meliputi peralatan penyejukan untuk kegunaan isi rumah selain penggunaan di kedai, pejabat, industri hospitaliti dan industri ringan.

Beliau berkata, dengan menetapkan keperluan dan kaedah ujian yang ketat, piawaian ini bertujuan mempromosikan persekitaran hidup lebih sihat melalui teknologi penyejuk yang dipertingkatkan.



“Sebagai organisasi pembangunan piawaian, Sirim mempunyai kepakaran dalam penyelidikan dan perundingan piawaian. Ini membantu industri dan perniagaan memenuhi keperluan dan amalan tempatan serta antarabangsa melalui pembangunan piawaian industri.

“Bersama dengan kerajaan dan rakan kongsi industri, Sirim membolehkan produk dan perkhidmatan di Malaysia mendapat pengiktirafan sewajarnya dari segi kualiti dan inovasi di peringkat global,” katanya pada pelancaran Sirim 65 di sini, kelmarin.

Pelancaran piawaian industri baharu itu disempurnakan Pengarah Kanan Bahagian Hubungan Ekonomi dan Perdagangan Dua Hala Miti, Nor Hasnah Badroddin.

Beliau berkata, piawaian baharu ini hasil kerjasama antara Sirim dan Hunan Sirim Huasheng Certification and Inspection Co. Ltd dengan sokongan pembiayaan penuh daripada Midea Group (China).

Piawaian ini direka khusus untuk mewujudkan kriteria rating dan penilaian, menyediakan rangka kerja yang jelas untuk menilai keberkesanan peralatan penyejukan, membolehkan pengguna mempunyai akses kepada pilihan yang boleh dipercayai.

“Komitmen ini bukan sekadar membezakan jenama kami dalam pasaran tetapi juga meletakkan kami sebagai peneraju industri dalam mempromosikan peralatan penyejukan yang lebih baik untuk kehidupan lebih sihat,” katanya.



Turut hadir pada majlis itu, CEO Akademi Sirim, Nik Sazali Nik Hussein; CEO Sirim QAS International, Nur Fadhilah Muhammad dan Presiden Midea Group Asia Pacific Region, Zeal Jiang.

 

Penyejuk termaju

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button