Kluster Mahkamah kekal sebagai Presiden BERSATU

Oleh Adam Malik

Dalam perkembangan terbaru pada mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah diumumkan akan terus menerajui Parti Bersatu sebagai Presiden.

Keputusan mengekalkan Muhyiddin melihatkan bahawa Parti Bersatu ketandusan orang untuk menerajui Parti.



TSMY yang terpalit dengan pelbagai kes dimahkamah masih lagi mahu menjadi Presiden walaupun reputasi nya sudah rosak.

Sepatut nya TSMY didesak untuk berundur dan beri laluan kepada orang lain, namun perkara ini tidak terjadi.

 

Sebalik nya Faizal Azumu atau Peja pula yang diarah lepaskan jawatan yang sedang disandang.



Sepuruh proses mesyuarat dan keputusan yang dibuat oleh kepimpinan Bersatu terlalu jelas terlihat Parti Bersatu berada didalam keadaan terumbang ambing lalu tidak mahu ambil risiko untuk mengadakan pemilihan.

Jika sebelum ini Parti UMNO dicemuh kerana tidak membuka pertandingan jawatan, namun kali ini Bersatu pula akan dikecam.

Boleh difahami ketika UMNO tidak membuka jawatan “top two” kerana dari maklumat diperolehi ada pihak luar akan menggunakan kumpulan digelar “broker” untuk membuat kerja kerJa onar dengan taburan wang yang banyak untuk membeli undi.

Ini kerana pihak yang dimaksudkan itu mahu merobah kepimpinan UMNO kepada kepimpinan yang mesra Tun Mahathir dan Parti Bersatu.



Tidak terhenti disitu, mereka mereka yang menggantikan juga akan mencadangkan UMNO dibubar dan diserap kedalam Parti Bersatu.

Hatta , anat munasabah jika UMNO tidak membuka jawatan tertinggi untuk dipertandingkan.

Sebalik nya, Parti Bersatu yang tidak pernah diganggu oleh umno pula yang takut untuk membuka jawatan tinggi untuk dipertandingkan.

Apapun alasan yang diberi oleh Parti Bersatu boleh lah dianggap
sekadar alasan menutup malu sahaja.



Ada juga yang berpendapat Tun Mahathir masih mahu menggunakan TSMY kerana jika dikekalkan akan bersungguh sungguh untuk melawan Gabungan PH-BN.

Ini kerana kedua mereka cuba merobah kerajaan supaya dapat melakukan sesuatu terhadap kes mahkamah masing masing.

Atas sebab itu tidak mahu tunggu PRU16 untuk menjatuhkan kerajaan.

Kini, bahan cacian ketika UMNO tidak membuka pertandingan jawatan “top” telah kembali kepada Parti Bersatu dan TSMY pula.



Jenama rosak dan tercemar dengan kes mahkamah mengetuai Parti Bersatu sekali gus akan membuat Parti Bersatu hilang kedudukan moral dan Parti PAS dilihat mendokong pihak banyak kes mahkamah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button