Pemandu mabuk rempuh anggota trafik direman 4 hari

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu mabuk rempuh anggota trafik direman 4 hari
MAHKAMAH Majistret Johor Bahru hari ini membenarkan reman empat hari ke atas seorang lelaki (tengah) bagi membantu siasatan kes langgar anggota polis trafik di Permas Jaya, Johor Bahru semalam. – Foto oleh BAZLAN IBRAHIM / KOSMO!

Pemandu mabuk yang merempuh seorang anggota polis trafik sehingga cedera parah di Kilometer 3.6 Jalan Pantai di sini kelmarin ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini.

Perintah tahanan reman terhadap suspek yang berusia 30-an itu dikeluarkan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 44(1A)(B) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.



Terdahulu, suspek hadir ke mahkamah dengan memakai baju lokap berwarna ungu dan tangan bergari itu.

Semalam, Kosmo! melaporkan seorang anggota polis trafik yang sedang bertugas cedera selepas dilanggar sebuah kereta dipandu seorang lelaki dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 7.05 pagi menyebabkan mangsa mengalami kecederaan patah tulang pinggul sebelah kiri, luka di muka dan dagu selain luka di bahagian tangan kanan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button