Euro 2024: Sepanyol bukti lebih handal

Euro 2024: Sepanyol bukti lebih handal

Euro 2024: Sepanyol bukti lebih handal
SEPANYOL menjulang gelaran Euro 2024 selepas menundukkan England pada aksi final di Olympiastadion awal pagi semalam. – AFP

BERLIN – Aksi sempurna dalam tujuh perlawanan sepanjang kempen Euro 2024 menyaksikan Sepanyol berjaya dinobatkan sebagai juara pada edisi kali ini selepas menundukkan England 2-1 pada aksi final di Olympiastadion awal pagi semalam.

Bagaimanapun, pengendali pasukan itu, Luis De La Fuente percaya para pemainnya masih mempunyai ruang untuk memperbaiki segala kelemahan, sambil percaya La Roja mempunyai masa depan yang cerah untuk memburu lebih banyak kejayaan.

Pemain sayap muda, Nico Williams meledak gol pembukaan selepas dua minit babak kedua bermula sebelum England menyamakan kedudukan pada minit ke-73 menerusi Cole Palmer dan Sepanyol meraih gol kemenangan menerusi Mikel Oyarzabal pada minit ke-86.



“Adalah sukar untuk mempamerkan peningkatan seperti ini, tetapi saya mahu para pemain terus menunjukkan perkembangan setiap masa. Mereka tanpa rasa penat, sentiasa cuba memberikan yang terbaik dan memenangi perlawanan.

“Mereka layak untuk berasa bangga. Saya harap semua pihak termasuk para penyokong berasa bangga kerana memiliki generasi pemain yang berjaya mencipta sejarah dan memiliki masa depan yang baik untuk bola sepak Sepanyol,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.




Kempen kali ini menyaksikan De La Fuente berjaya membuat pilihan tepat menyenaraikan Williams dan Lamine Yamal yang berjaya mencuri tumpuan pada kempen kali ini dan menjadi tonggak penting kejayaan Sepanyol.

Kemenangan tersebut juga dianggap hadiah istimewa buat De La Fuente yang telah bekerja bersama-sama sebahagian besar pemain yang ada dalam skuad Sepanyol ketika ini sejak dari zaman remaja.

De La Fuente dilantik mengemudi Sepanyol kira-kira 18 bulan yang lalu dan berjaya menukar pendekatan gaya permainan pasukan itu kepada taktikal menyerang berbanding ‘tiki-taka’ yang membantu pasukan itu menjuarai dua Euro dan satu trofi Piala Dunia sebelum ini.

“Saya cuba menggunakan pendekatan ini dan idea ini saya yakin kerana tahu kemampuan para pemain. Kami cuba untuk menjadikan cara kami bermain sukar dibaca, lebih dinamik, pantas melakukan transisi dan kawalan bola. Semua ini kerana kami mempunyai pemain yang pantas.



“Kejayaan ini juga disebabkan para pemain meletakkan kepercayaan kepada saya dan mereka telah buktikan sepanjang perjalanan kami untuk berada di tahap ini,” jelasnya.

De La Fuente turut mengulas mengenai kontraknya bersama La Roja dan percaya ia akan dibincangkan apabila tiba masanya dan mahu meraikan kejayaan terlebih dahulu sebelum memikirkan mengenai perkara tersebut. – AGENSI

 

Euro 2024: Sepanyol bukti lebih handal

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button