Berenang dengan pelampung, sudahnya wanita ini hanyut di laut

Berenang dengan pelampung, sudahnya wanita ini hanyut di laut

Berenang dengan pelampung, sudahnya wanita ini hanyut di laut
WANITA itu ditemukan kira-kira 50 batu nautika dari pantai. FOTO Pengawal Pantai Jepun

Tokyo: Seorang wanita China, baru-baru ini, hanyut di laut ketika berenang dengan pelampung (rubber ring) sebelum diselamatkan di kawasan perairan kira-kira 50 batu nautika dari pantai.

Metro UK melaporkan wanita warga China berusia 20-an itu dilaporkan hilang dari perairan pesisir pantai di wilayah Shizuoka di tengah Jepun, pada petang Isnin minggu lalu.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan tidak lama kemudian, kata pegawai Pengawal Pantai Jepun.



“Pada 7.55 malam, 8 Julai, kami menerima maklumat selepas rakan wanita itu melaporkan kepada kedai serbaneka berhampiran bahawa wanita itu hilang,” menurut pegawai berkenaan.

Sebuah kapal kargo akhirnya melihat mangsa terapung di hujung selatan semenanjung Boso Chiba pada 7.48 pagi Rabu lalu, kata pegawai itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.




Sebuah kapal tangki berada di lokasi berhampiran segera dihubungi melalui radio, sebelum dua anak kapal itu terjun ke laut untuk menyelamatkan wanita berkenaan.

Wanita itu kemudiannya diangkut oleh helikopter pengawal pantai dan dibawa pulang ke darat.

Operasi penyelamatan dengan helikopter dirakam dan video itu dikongsi dengan orang ramai.

Wanita itu dilihat ditarik masuk ke dalam helikopter sebelum dia melambai ke arah kru kapal tangki.



Wanita itu yang tidak dinamakan, memberitahu penyelamat bahawa pelampung menghanyutkannya ke laut dalam dan dia cuba berusaha untuk kembali ke pantai, namun gagal.

Pengawal pantai berkata, arus laut atau angin deras mungkin menghanyutkan pelampung dipakai wanita.

Menurutnya, wanita itu mengalami dehidrasi, namun dalam keadaan sihat.

“Wanita itu dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga tetapi tidak perlu dimasukkan ke wad. Wanita itu bertuah kerana terselamat walaupun berdepan bahaya strok haba, hipotermia pada waktu malam dan tidak dilanggar kapal dalam gelap,” katanya.



Ahli kanan Persatuan Penyelamat Air dan Penyelidikan Survival, Hidetoshi Saito dalam temu bual di televisyen berkata, kelangsungan hidup wanita itu adalah satu ‘keajaiban’

Berenang dengan pelampung, sudahnya wanita ini hanyut di laut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button