Senarai kes tembak, cubaan bunuh babitkan presiden AS

Senarai kes tembak, cubaan bunuh babitkan presiden AS

Senarai kes tembak, cubaan bunuh babitkan presiden AS
DONALD Trump melambai kepada penyokongnya sebelum insiden tembakan. FOTO AFP

Washington: Insiden tembakan menyasarkan bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengingatkan kembali beberapa kejadian serupa terhadap pemimpin negara itu.

Trump ditembak oleh seorang lelaki bersenjata pada perhimpunan kempen hujung minggu lalu – apa yang disebut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sebagai cubaan membunuh bekas presiden AS itu.

Trump, 78, terselamat dan hanya mengalami luka ringan di telinganya dalam insiden itu.



Perkhidmatan Penyelidikan Kongres mengatakan serangan langsung terhadap presiden, presiden yang dipilih (presidents-elect) dan calon presiden pernah berlaku sekurang-kurangnya 15 kali termasuk ada mengakibatkan kematian.Berikut adalah senarai serangan berkenaan:

Serangan menyebabkan kematian

Empat presiden AS dibunuh semasa memegang jawatan.

Abraham Lincoln: Dibunuh pada 1865 oleh John Wilkes Booth di Teater Ford di Washington.

James Garfield: Ditembak pada 1881 di Washington di stesen kereta api, dan meninggal dunia akibat kecederaannya dua setengah bulan kemudian.



William McKinley: Dibunuh pada 1901 oleh seorang anarkis di Buffalo, New York.

John F Kennedy: Lee Harvey Oswald menembak Kennedy pada 1963 di Dallas, Texas.

Robert F Kennedy: Seorang calon presiden AS yang dibunuh pada 1968 pada usia 42 tahun oleh seorang lelaki bersenjata di Hotel Ambassador di Los Angeles.

Pemimpin yang selamat dalam percubaan membunuh




DISYORKAN UNTUK ANDA :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.

 

Tiga presiden cedera tetapi terselamat daripada percubaan pembunuhan, semasa memegang jawatan atau selepas itu.



Donald Trump: Trump baru sahaja memulakan ucapan kempen di Pennsylvania pada Sabtu apabila tembakan berbunyi. Sebutir peluru mengenai telinganya sehingga berdarah. Dia segera diselamatkan dan dikejarkan oleh pegawai keselamatan ke sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) hitam.

Ronald Reagan: Dia ditembak pada 1981 di luar Hotel Hilton di Washington tetapi terselamat daripada serangan itu. Reagan cedera apabila satu daripada peluru memantul dari limosin dan mengenainya di bawah ketiak kiri lelaki itu.

Presiden Gerald Ford: Terselamat dua percubaan bunuh dalam hidupnya pada tempoh masa kurang tiga minggu pada tahun 1975, tanpa mengalami kecederaan.

Theodore Roosevelt : Dia ditembak di dada pada tahun 1912 semasa berkempen untuk pilihan raya di Milwaukee dan terselamat.



Percubaan bunuh ke atas pemimpin AS yang lain

Gabenor Alabama George C Wallace: Ditembak pada tahun 1972

Senarai kes tembak, cubaan bunuh babitkan presiden AS

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button