‘Saya sepatutnya sudah mati’ – Trump
‘Saya sepatutnya sudah mati’ – Trump
Washington: Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump terselamat daripada cubaan pembunuhan semasa satu ceramah umum, ketika mencondongkan kepalanya seketika, dalam apa yang disifatkannya sebagai “pengalaman yang sangat luar biasa.”
Agensi Anadolu melaporkan Trump, dalam satu wawancara eksklusif dengan New York Post, mengimbau kembali insiden yang hampir meragut nyawanya.
Bekas presiden itu yang memakai pembalut putih di telinga kanannya, menggambarkan detik peluru yang nyaris mengenai sasaran dan membunuhnya.
“Saya sepatutnya tidak berada di sini, saya sepatutnya sudah mati,” kata Trump kepada Post, menyifatkan insiden itu sebagai “pengalaman yang sangat luar biasa.”
Beliau berkata, tindakan mencondongkan sedikit kepalanya untuk membaca carta mengenai “pendatang haram” menyelamatkan nyawanya, mengubah apa yang sepatutnya menjadi tembakan maut kepada satu kesan yang hanya merobek sedikit bahagian telinganya.
“Dengan nasib atau dengan kuasa Tuhan, ramai orang mengatakan ia adalah dengan kuasa Tuhan saya masih di sini,” kata Trump, menekankan keajaiban yang menyelamatkannya.
Menerangkan bagaimana ejen Perkhidmatan Rahsia bertindak segera, Trump memuji mereka atas tindakan pantas dan tegas, membandingkan reaksi mereka dengan “pemain pertahanan” bola sepak Amerika, ketika mereka melindunginya.
Satu detik daripada insiden yang dirakam dalam video menunjukkan Trump berkata: “Tunggu, saya mahu mengambil kasut saya,” ketika ejen-ejen itu bergegas membawanya turun dari pentas. Trump menjelaskan bahawa tindak balas pantas ejen-ejen itu menyebabkan kasutnya terjatuh, walaupun ia diikat ketat.
Bekas presiden itu memuji ejen-ejen berkenaan atas kepahlawanan mereka, terutamanya kerana berjaya menumpaskan penembak dengan satu tembakan dari jarak kira-kira 119 meter.
“Mereka menumpaskannya dengan satu tembakan tepat di antara kedua-dua matanya,” kata Trump, sambil menunjuk ke batang hidungnya.
Mereka melakukan tugas yang hebat. Ia luar biasa bagi kita semua,” beliau dipetik sebagai berkata.
Trump ditembak di telinga kanan tetapi keadaannya baik, dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengeluarkan kenyataan yang mengenal pasti Thomas Matthew Crooks sebagai penembak yang disyaki dalam insiden pada Sabtu.
Perkhidmatan Rahsia, yang mengendalikan keselamatan bagi presiden semasa dan yang lepas, berkata, penembak melepaskan beberapa tembakan ke arah pentas dari kedudukan tinggi di luar tempat kejadian. Selain penembak, seorang meninggal dunia dan dua lagi cedera parah.
Insiden itu berlaku hanya beberapa hari sebelum Trump dinamakan sebagai calon Parti Republikan untuk Pilihan Raya Presiden 2024.
‘Saya sepatutnya sudah mati’ – Trump
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN
- Mungkinkah Parti Gerakan Akan Di Singkirkan Dari Perikatan Nasional?
- Kluster Mahkamah kekal sebagai Presiden BERSATU
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya