Kekasih Nur Farah Kartini tiba di mahkamah untuk proses reman

Oleh – Syeikh Baran


Kekasih Nur Farah Kartini tiba di mahkamah untuk proses reman
Suspek berkait kes pembunuhan Nur Farah Kartini tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, hari ini. – Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI / KOSMO!

Seorang penjawat awam yang ditahan berhubung kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, tiba di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini bagi permohonan reman.

Suspek lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai kekasih Nur Farah Kartini tersebut tiba kira-kira pukul 8.53 pagi dengan menaiki kenderaan polis.



Permohonan reman dijangka dibuat di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Kosmo! semalam melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat Nur Farah Kartini ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor kira-kira pukul 6 petang.

Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait report (OH) bersangkut Tanjung Malim pada 11 Julai lalu.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim Perak.



Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button