Bila Putera Gunung Ledang Tidak Faham Undang Undang

Bila Putera Gunung Ledang Tidak Faham Undang Undang

Bila Putera Gunung Ledang Tidak Faham Undang Undang

 

Ketua Penerangan PAS, Fadhli Shaari atau lebih mesra dengan gelaran Putera Gunung Ledang, mengeluarkan kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh ahli Dewan Rakyat.

Beliau mencabar YDP Dewan Undang Negeri Melaka, Ibrahim Durun, supaya mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Rembia.



Ianya berikutan tindakan keldai politik, Jailani Khamis, yang mengumumkan melompat dari parti UMNO ke parti PAS.

Menurut Fadhli, YDP DUN Melaka, mestilah mengisytiharkan DUN Rembia kosong.

Ini sekiranya beliau berpendapat tindakan Jailani bertentangan dengan Akta Anti Lonpat Parti.

Pengisytiharan oleh YDP DUN Melaka itu akan membolehkan pilihanraya kecil di DUN Rembia diadakan sekiranya ada kekosongan.



Fadhli yakin kemasukan Jailani dalam PAS pada Jun 2023 tidak melanggar undang-undang.

Kerana memandangkan DUN Melaka hanya meluluskan akta antilompat parti pada 31 Julai 2023.

“Dengan penyertaannya ke dalam PAS, secara sendirinya sudah tidak lagi menjadi ahli UMNO.”

“Tiada isu pelanggaran undang-undang antilompat parti, khususnya di peringkat DUN Melaka,” dakwa Fadhli.



Penulis faham, cabaran Fadhli itu adalah sebagai provokasi supaya Kerajaan Perpaduan masuk ke perangkap yang cuba dipasang.

Sekiranya Ibrahim Durun melatah, ianya akan menjadi isu.

Bbawah pentadbiran kerajaan yang sama, keputusan berbeza di pusat dan di negeri atas isu yang sama telah dibuat.

Tetapi apa yang penulis tidak faham adalah, bagaimana seorang ahli Dewan Rakyat seperti Fadhli tidak faham undang-undang yang mereka sendiri gubal.



YDP Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat, tidak boleh mengisytiharkan kekosongan sebelum mendapat surat rasmi dari parti.

Ianya berlaku di DUN Kelantan dan ianya juga berlaku di Dewan Rakyat.

YDP hanya akan membuat keputusan kekosongan atau tidak hanya selepas parti memberikan surat pemakluman secara rasmi.

Walau pun secara dasarnya sidang media yang dibuat oleh Jailani boleh dianggap telah meninggalkan UMNO, namun ianya tidak boleh dijadikan asas untuk YDP DUN membuat keputusan.



Nampaknya Puteri Gunung Ledang memahami syarat peminangan yang beliau berikan kepada Sultan Melaka, tetapi tidak bagi Putera Gunung Ledang.

 

Bila Putera Gunung Ledang Tidak Faham Undang Undang

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button