Aerotrain KLIA beroperasi semula suku pertama 2025
Aerotrain KLIA beroperasi semula suku pertama 2025
Kuala Lumpur: Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijangka beroperasi semula pada suku pertama 2025, kata Kementerian Pengangkutan (MOT).
Langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
“MOT dan Malaysia Airports Holding Bhd (MAHB) amat komited untuk memastikan pelan penggantian Aerotrain ini berjalan lancar mengikut garis masa ditetapkan,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.
Kenyataan itu sebagai menjawab pertanyaan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) yang meminta perincian status projek system penggantian aerotrain KLIA, termasuk perjanjian baharu dimeterai oleh MAHB serta anggaran kos projek berkenaan.
Mengulas perjanjian baharu itu, MOT berkata MAHB telah memeterai surat perjanjian dengan ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd, IJM Construction Sdn Bhd dan usaha sama bersama Pestech Technology Sdn Bhd (IJMCPestech JV) pada 12 Januari 2024 dengan jangkaan projek berkenaan siap pada 31 Mac 2024.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Melaka Yakin Rampas DUN Sungai Udang Dari PN
- Mungkinkah Parti Gerakan Akan Di Singkirkan Dari Perikatan Nasional?
- Kluster Mahkamah kekal sebagai Presiden BERSATU
Bagi menyegerakan garis masa pelaksanaan penggantian aerotrain itu, MAHB juga telah menandatangani suatu perjanjian baharu bersama pihak ALSTOM Transport Systems (Malaysia) Sdn Bhd pada 14 Jun 2024, bagi memastikan projek ini dapat disiapkan sepenuhnya pada tarikh berkenaan, kata MOT.
Aerotrain KLIA beroperasi semula suku pertama 2025
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ADUN Sungai Udang Ketakutan Dengan Gelombang Merah Di Melaka
- Mahkamah Untuk Daulatkan Keadilan Bukan Meredakan Kemarahan
- Waktu terbaik untuk tamatkan riwayat Parti Bersatu
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar