Kecederaan Messi rugikan Inter Miami

Kecederaan Messi rugikan Inter Miami

Kecederaan Messi rugikan Inter Miami
MESSI (kanan) mengalami kecederaan buku lali ketika Argentina menentang Colombia pada final Copa America kelmarin. – AFP

CHARLOTTE – Bintang Argentina, Lionel Messi percaya tidak akan mengambil masa lama untuk kembali beraksi susulan kecederaan buku lali dialami ketika final Copa America menentang Colombia kelmarin.

Messi, 37, meneruskan permainan biarpun mengalami kecederaan itu pada minit ke-36, namun gagal untuk menamatkan aksi yang berlangsung di Stadium Hard Rock tersebut dan terpaksa dikeluarkan pada minit ke-66.

Pemenang lapan Ballon d’Or itu akhirnya tersenyum selepas Argentina mengesahkan kemenangan 1-0 ke atas Colombia menerusi gol tunggal daripada Lautaro Martinez pada minit ke-112 sekali gus mempertahankan kejuaraan dimenangi tiga tahun lalu.



Namun, bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu perlu membayar harga mahal terhadap kecederaan tersebut kerana mungkin terlepas banyak perlawanan bersama kelabnya, Inter Miami.

“Saingan Copa America sudah berakhir dan sekarang perkara pertama saya mahu katakan adalah terima kasih kepada semua atas ucapan daripada anda semua.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Selepas Peja, Siapakah Mangsa Hamzah Seterusnya




“Saya sangat gembira kerana kami mencapai sasaran ditetapkan. Saya berada dalam keadaan baik dan harapnya saya dapat kembali berada di atas padang semula bermain bola sepak secepat mungkin,” kata Messi.

Messi akan kembali ke Miami untuk melakukan proses rehabilitasinya bersama kelab itu dengan harapan dapat kembali bermain sebelum saingan Liga Major Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS) melabuhkan tirainya pada Oktober depan.

Buat masa ini, Messi hampir pasti diketepikan untuk dua aksi Inter Miami menentang Toronto dan Chicago Fire selain berpotensi terlepas tiga lagi perlawanan selepas itu dengan jangkaan dia kembali turun padang pada September nanti. – AGENSI

Kecederaan Messi rugikan Inter Miami

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button