Roy Azman ‘Bahan’ Awie Makan Durian Guna Sudu [VIDEO]

Cetus Reaksi Tunku Azizah!

Roy Azman ‘Bahan’ Awie Makan Durian Guna Sudu [VIDEO]

Roy Azman ‘Bahan’ Awie Makan Durian Guna Sudu [VIDEO]

Nama pelakon, Roy Azman sentiasa mencuri perhatian netizen di media sosial dengan gelak tawanya tanpa henti yang sentiasa mencuit hati.

Terkini, Roy Azman menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dilihat sedang mengusik penyanyi legenda, Awie yang sedang memakan durian menggunakan sudu.



“First time tengok macam ni woo 😂.”-kapsyen Roy di TikTok

@thisisroyazman

1st time tengok camni wooo haha 🤣 #wmgs #wmgsasean #wmgskl @awiealpamalo

♬ bunyi asal – Roy Azman – Roy Azman



“Awie Gangster Pun Kena Bahan Dengan Roy Azman…”

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur melihat Awie ‘dibahan’ Roy Azman, malah ada yang turut bersetuju dengan pelakon ini yang pertama kali melihatnya makan durian menggunakan sudu.

“Roy Azman kalau bab mengena orang nombor 1 😂.”

“Awie gangster pun kena bahan dengan Roy Azman 😂.”

“Entah Melayu mana, makan durian pakai sudu 😂😂 dengan aku sekali tergelak.”



“Siot la abang Roy, ko bahan kaw-kaw Dato Awie 😂😂.”

“Tapi betul la tangan kalau dah lekat dengan durian, esok baru hilang 😂😂 Dia kena dua kali mandi, satu malam satu pagi.”

Cetus Respon Tunku Azizah!

Perkongsian Roy turut mendapat respon oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah yang turut memberikan komen bahawa baginda juga memakan durian menggunakan sudu dan garfu untuk mengelakkan jari berbau.

“Saya pun makan durian dengan sudu garfu kerana tak nak jari bau durian..”-komen Tunku Azizah



 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button