COO syarikat konsesi lebuh raya direman, disyaki terima rasuah lebih RM300,000

Oleh – Syeikh Baran


COO syarikat konsesi lebuh raya direman, disyaki terima rasuah lebih RM300,000
COO syarikat konsesi lebuh raya dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman hari ini.

Seorang Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat konsesi lebuh raya direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah melebihi RM300,000 membabitkan pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang bernilai kira-kira RM6 bilion.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Jumaat telah dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.



Menurut sumber, suspek seorang lelaki yang berusia sekitar 50-an ditahan kira-kira pukul 8 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM.

“Siasatan awal mendapati suspek telah menerima rasuah berjumlah melebihi RM300,000 daripada pemilik-pemilik syarikat bagi pembinaan satu projek lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM6 billion,” katanya tadi.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009,” ujarnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button