Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan

Status Ahli Parlimen Wan Ahmad Fahysal Akan Di Gantung 6 Bulan

Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan

 

Pat pat siku lipat, siapa suruh minta, kan dah mendapat.

Orang-orang tua sudah lama berpesan, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama jadi pencuri, bukan menteri yer, tetapi pencuri.



Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengusulkan agar ahli parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal atau lebih mesra dengan penggilan Mat Jargon digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat selama 6 bulan.

Ianya berkaitan kenyataan beliau semasa perbahasan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) 2021 dan 2022 pada 1 Julai lalu.

Dalam kenyataan tersebut, beliau telah mengemukakan sepucuk surat layang yang tular.

Surat tersebut didakwa mengandungi maklumat berkaitan dalang sebenar di sebalik pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).



Sangat memalukan apabila seorang ahli parlimen menjadikan surat layang yang tidak dipastikan kesahihannya sebagai asas kepada perbahasan di Dewan Rakyat.

Ia bukan saja memberi kesan buruk kepada individu yang didakwa.

Tetapi juga secara umum kepada pegawai agensi di bawah kementerian, yang mungkin teraniaya kerana tuduhan yang tidak berasas itu.

Dakwaan Wan Fayhsal juga disifatkan satu perbuatan yang seolah-olah menjatuhkan martabat pegawai agensi di bawah kementerian.



Selain mengeluarkan kenyataan dan dakwaan yang serius serta bertindak membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan.

Wan Fayhsal secara terbuka turut menamakan individu terbabit yang didakwanya pegawai atasan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ia berkaitan penjualan sebahagian saham MAHB kepada syarikat berkait BlackRock, Global Infrastructure Partners (GIP).

Sebagaimana yang kita semua maklum, ahli parlimen mempunyai imuniti ketika berbahas di dalam Dewan Rakyat.



Tetapi imuniti yang diberikan tidak boleh dijadikan lesen untuk memfitnah atau menipu dengan mengemukakan maklumat palsu sebagai sokongan ketika berhujah.

Dewan Rakyat adalah institusi tertinggi negara untuk menggubal perlembagaan.

Adalah menjadi tanggungjawab ahli Dewan Rakyat untuk menghormati perlembagaan yang mereka sendiri gubal.

 



Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button