Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta

Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta

Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta
PAN-GON membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai pengendali Harimau Malaya biarpun kontraknya masih berbaki.

PETALING JAYA – Peletakan jawatan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon menyaksikan beliau perlu melunaskan pampasan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ekoran pembatalan kontraknya yang masih berbaki.

Menerusi laporan stesen televisyen tempatan, jurulatih dari Korea Selatan itu harus membayar lebih RM3 juta nilai pampasan berkenaan, namun FAM belum lagi membuat sebarang kata putus.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata sumbangan Pan-gon tetap menjadi perkiraan utama sebelum memutuskan jumlah tertentu yang harus dilunaskan.



“Kita pun lihat kepada faktor sumbangan Pan-gon hingga membantu pasukan sampai ke tahap ini. Semua ini adalah perkiraan yang diambil kira walaupun ia di luar (persetujuan dalam) kontrak.

“Kita tidak akan terburu-buru untuk ambil keputusan,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Shahidan Kassim Dan Annuar Musa Perlu Jelaskan Kenapa Kontraktor Tidak Di Bayar




Pan-gon sebelum ini membuat kejutan apabila mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya itu berkuat kuasa serta merta kerana komitmen peribadi.

Antara kejayaan yang dicipta Pan-gon sepanjang tempoh dua setengah tahun berkhidmat di Malaysia adalah membawa skuad Harimau Malaya layak secara merit ke Piala Asia selepas tempoh 43 tahun. – KOSMO! ONLINE

 

Pan-gon perlu bayar lebih RM3 juta

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button