Hadiah Kim Pan-gon buat Malaysia

Hadiah Kim Pan-gon buat Malaysia

Hadiah Kim Pan-gon buat Malaysia
KIM Pan-gon (tengah) yang berjaya merubah kualiti Harimau Malaya cipta kejutan apabila ambil keputusan untuk melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta. – FAM

PETALING JAYA – Kim Pan-gon memberikan hadiah perpisahan buat seluruh peminat bola sepak Malaysia apabila Harimau Malaya melonjak satu anak tangga dalam kemaskini ranking terbaharu oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Walaupun Harimau Malaya dihimpit isu prestasi dan hanya raih satu kemenangan dalam empat perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027, kedudukan 134 ketika ini sudah memadai untuk menghadirkan sedikit kegembiraan buat Ekor Harimau Malaya.

Ketika ini, Malaysia mengutip 1107.58 mata, hanya dipisahkan 1.15 mata berbanding Indonesia yang berada di kedudukan 133.



Sekurang-kurangnya peningkatan ini beri perkembangan positif buat Harimau Malaya sebelum hadapi Pestabola Merdeka dan Piala AFF pada September dan November ini.

Sebelum ini, Pan-gon cipta kejutan apabila mengumumkan peletakan jawatannya daripada tugasan ketua jurulatih pasukan kebangsaan dan tugasnya akan digalas oleh Pau Marti Vicente. – KOSMO! ONLINE

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button