Rangka dinosaur ‘Apex’ pecah rekod, terjual RM208 juta

Rangka dinosaur ‘Apex’ pecah rekod, terjual RM208 juta

Rangka dinosaur 'Apex' pecah rekod, terjual RM208 juta
RANGKA stegosaurus yang mendapat gelaran, Apex. FOTO fail AFP

New York: Rangka dinosaur terbesar yang pernah ditemukan, memecah rekod jualan tertinggi dengan AS$44.6 juta (RM208.05 juta) dalam satu acara lelongan di bandar raya ini.

Sotheby’s berkata, rangka stegosaurus yang mendapat gelaran, Apex itu dianggarkan berusia 150 juta tahun dikatakan antara rangka paling lengkap pernah ditemukan.

Katanya, Apex ditemukan pada Mei 2022 di tanah persendirian milik ahli paleontologi Jason Cooper.



Ia memiliki ketinggian 3.3 meter (m) dan sepanjang 27 kaki (kira-kira 8.3 m) dengan 254 unsur tulang fosil daripada jumlah anggaran 319.

“Rekod lelongan sebelumnya AS$31.8 juta (RM148.34 juta) untuk rangka dinosaur dicapai pada 2020 untuk Tyrannosaurus Rex (T-rex) yang digelar Stan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin




“Sotheby’s menjangkakan Apex akan terjual antara AS$4 juta (RM19 juta) hingga AS$6 juta (RM28 juta), tetapi harganya dengan cepat melonjak apabila pembida telefon membanjiri jualan itu,” kata pusat lelong itu.

Sotheby’s berkata, mereka bekerjasama dengan Cooper untuk mendokumentasikan keseluruhan proses, daripada penemuan dan penggalian kepada pemulihan, penyediaan dan pemasangan untuk menjamin standard dan ketelusan tertinggi.

Pada 2022, syarikat lelong, Christie’s terpaksa menarik balik satu rangka T-rex beberapa hari sebelum dilelong di Hong Kong kerana keraguan tentang keasliannya.

Rangka stegosaurus itu sudah dipamerkan di seluruh dunia, tetapi menurut Sotheby’s, Apex adalah 30 peratus lebih besar daripada Sophie, stegosaurus paling lengkap pernah dipamerkan kepada awam setakat ini yang ditempatkan di Muzium Sejarah Alam di London.



Rangka dinosaur ‘Apex’ pecah rekod, terjual RM208 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button