Dron hantar surat tawaran kemasukan universiti

Dron hantar surat tawaran kemasukan universiti

Dron hantar surat tawaran kemasukan universiti
DRON yang menghantar surat tawaran kemasukan universiti. FOTO sciencenet.cn

Beijing: Empat bakal penuntut menjadi kumpulan pertama di China menerima surat tawaran ke universiti menggunakan dron.

Kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) itu membawa empat surat kemasukan daripada Universiti Teknologi China Selatan di wilayah selatan Guangdong, ke kawasan perumahan di daerah Guangzhou, pada 15 Julai lalu.

Penghantaran dron membabitkan jarak kira-kira tujuh kilometer (km) itu mengambil masa 40 minit, tempoh hampir sama dengan menunggang basikal.



Menurut South China Morning Post (SCMP), dron itu tiba di destinasi dengan selamat sebelum seorang kakitangan dari China Post mengeluarkan bungkusan dari UAV itu dan menghantar surat berkenaan kepada empat pelajar terbabit.

Tu Sulan, pelajar pertama yang menerima pakejnya berkata, dia diterima masuk ke universiti itu dalam jurusan kimia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin




“Saya sangat teruja dengan kemudahan teknologi baharu ini,” katanya.

Dron hantar surat tawaran kemasukan universiti
SALAH seorang empat penuntut yang menerima surat tawaran yang dihantar dengan dron. FOTO sciencenet.cn

Sementara itu, jurucakap China Post bahagian Guangzhou, Zou Liwen berkata, destinasi dan masa penghantaran dipilih dengan teliti dengan mengambil kira ruang pendaratan, cuaca dan kekuatan isyarat diperlukan untuk membantu menghidupkan dron.

UAV itu buatan pengeluar dron China yang berpangkalan di Guangzhou, EHang.

Ia boleh membawa muatan sehingga lima kilogram dan hanya memerlukan ruang seluas lima meter persegi untuk mendarat. Peranti ini boleh menempuh jarak sehingga 20 km.



Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bilangan orang yang diterima masuk ke universiti di China setiap tahun adalah kira-kira 10 juta.

Penghantaran kali pertama surat tawaran menggunakan dron itu dilihat sebagai perintis untuk lebih banyak penghantaran seperti itu pada masa hadapan.

Dron hantar surat tawaran kemasukan universiti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button