26 kematian akibat protes reformasi kuota

26 kematian akibat protes reformasi kuota

26 kematian akibat protes reformasi kuota
ERTEMBUNGAN pelajar dan polis ketika protes reformasi kuota di Dhaka. FOTO AFP.

Dhaka: Sekurang-kurangnya 20 lagi orang terbunuh pada Khamis di Bangladesh apabila polis melepaskan tembakan ke arah pelajar yang memprotes reformasi kuota di Dhaka dan beberapa lokasi lain di negara ini.

Sebanyak 17 mangsa, kebanyakannya pelajar termasuk mereka yang bawah umur, terbunuh apabila polis dan anggota parti tertentu, menyerang penunjuk perasaan, lapor Agensi Anadolu.

Dua belas kematian baharu dicatatkan di Dhaka, dua di Daerah Narsingdi, dua di bandar pelabuhan Chattogram dan satu di Daerah Madaripur, menurut akhbar tempatan Prothom Alo.



Seorang lagi mangsa terbunuh selepas terperangkap dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis awal pagi di kawasan Jatrabari, Dhaka. Dua lagi terbunuh di Dhaka, termasuk seorang wartawan.

Jumlah kematian telah meningkat kepada 26 sejak Selasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin




Televisyen Bangladesh (BTV) yang dikendalikan kerajaan melaporkan bahawa bangunannya dibakar lewat Khamis.

Beribu-ribu pelajar telah berdemonstrasi sejak 1 Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan, yang telah dimansuhkan pada 2018.

Penunjuk perasaan menuntut perubahan kepada sistem itu, yang memperuntukkan 56 peratus daripada pekerjaan awam untuk kumpulan tertentu.

 



26 kematian akibat protes reformasi kuota

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button