Transit dadah di jeti nelayan sebelum seludup ke negara jiran

Oleh – Syeikh Baran


Transit dadah di jeti nelayan sebelum seludup ke negara jiran
Azizi (tiga dari kanan) menunjukan sebahagian dadah jenis methamphetamine yang dirampas Unit Risik Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang di Rungkup dekat Bagan Datuk pada Isnin lalu. Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

Kawasan jeti nelayan Sungai Tiang, Rungkup dekat Bagan Datuk dipercayai dijadikan transit oleh sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa sebelum bahan terlarang itu dibawa keluar ke negara jiran.

Taktik itu bagaimanapun terbongkar dengan tertangkapnya dua lelaki warga Indonesia di kawasan jeti berkenaan pada pukul 10 malam, Isnin lalu.



Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, tangkapan terhadap kedua-dua suspek berusia 42 dan 46 tahun itu dijalankan oleh Unit Risik Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang.

Katanya, dalam serbuan itu, pihaknya berjaya menjumpai 10 peket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine dengan anggaran berat 10,610 gram di dalam sebuah bot jenis fiber.

“Tangkapan dibuat ketika kedua-dua suspek terbabit baru sahaja tiba di jeti berkenaan. Berdasarkan siasatan awal, sindiket itu menggunakan jalan laut dan menjadikan jeti nelayan di Sungai Tiang sebagai transit sebelum bekalan dadah itu dibawa ke lokasi lain.

“Hasil siasatan mendapati dadah yang dirampas itu diperoleh dari negara jiran untuk diedarkan bagi pasaran negara luar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.



Menurut beliau, siasatan mendapati sindiket itu mula aktif dalam kegiatan pengedaran dadah sejak awal tahun ini di mana kedua-dua suspek pula masuk ke Malaysia secara sah sejak seminggu lalu.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan kedua-dua mereka tidak memiliki rekod kesalahan lampau.

“Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM340,000 itu dipercayai boleh digunakan oleh 106,100 orang penagih dadah. Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Isnin depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujar beliau.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button