23 buruh kontrak Bangladesh rupa-rupanya PATI
Oleh – Syeikh Baran
Seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan di beberapa tapak pembinaan di sekitar bandar ini semalam.
Serbuan bermula pada 9 pagi itu menyasarkan sembilan tapak pembinaan yang menjadi tumpuan PATI terbabit.
Timbalan Pengarah Imigresen (Kawalan) Terengganu, Mat Amin Hassan berkata, pemeriksaan mendapati kesemua PATI warga Bangladesh itu melakukan kesalahan menetap lebih masa, tiada dokumen perjalanan sah dan menyalahgunas pas lawatan sosial.
“Seramai 77 warga asing diperiksa dalam serbuan yang diadakan di sembilan lokasi terbabit. Daripada jumlah itu, 23 orang daripada mereka yang kesemuanya warga Bangladesh melakukan pelbagai kesalahan imigresen,” katanya di sini hari ini.
Mat Amin berkata, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan kesemua warga asing itu akan ditempatkan di Depot Imigresen Ajil, Hulu Terengganu..
Sumber – KOSMO! ONLINE