Penjawat awam salah guna kedudukan beri kerja pembekalan RM20,000

Oleh – Syeikh Baran


Penjawat awam salah guna kedudukan beri kerja pembekalan RM20,000
Penjawat awam disyaki menyalahgunakan kedudukannya dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, pagi tadi.

Seorang penjawat awam ditahan disyaki menyalahgunakan kedudukannya dengan mencadangkan sebuah syarikat yang mana dia mempunyai kepentingan dalam kerja-kerja pembekalan sampel kajian berjumlah kira-kira RM20,000.

Menurut sumber, wanita berusia 40-an itu ditahan kira-kira pukul 4 petang ketika hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, semalam.



Tambah sumber, suspek telah di bawa ke Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang, pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari sehingga 25 Julai telah dikeluarkan oleh Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin.

“Penahanan suspek adalah susulan tangkapan seorang pengarah syarikat dan seorang individu pada Rabu lalu berkaitan kes yang sama.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut sekitar tahun 2022,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang, Mohd Fuad Bee Haji Basrah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button