Lelaki maut dibaham harimau ketika kencing

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki maut dibaham harimau ketika kencing
GAMBAR fail seekor harimau di sebuah zoo di Medan. – Foto AFP

Seorang lelaki maut selepas diterkam seekor harimau ketika dia  membuang air kecil dalam serangan binatang buas itu di Siak, wilayah Riau, lapor portal berita Serambinews.com semalam.

Mangsa yang berusia 43 tahun diseret beberapa meter sebelum ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa.



Seorang rakan sekerjanya mendengar jeritan lelaki itu dan bergegas meminta pertolongan penduduk setempat.

Mangsa diterkam di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Penyengat, Riau, malam Selasa lalu.

Ketua Balai Pemuliharaan Sumbar Daya Alam (BBKSDA), Gennman Hasibuan berkata, mangsa  berasal dari Pinang Sebatang Timur dan bekerja di ladang kelapa sawit itu.

“Ya, memang ada kejadian pekerja ladang yang dibaham harimau hingga menjadi korban.



“Ketika ini, BBKSDA Riau sedang menanganinya di tempat kejadian,” kata Gennman. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button