Pengawal keselamatan didakwa miliki bahan berkaitan IS

Oleh – Syeikh Baran


Pengawal keselamatan didakwa miliki bahan berkaitan IS
Gambar Hiasan

Seorang pengawal keselamatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memiliki bahan-bahan berkaitan kumpulan Islamic State (IS) bulan lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Muhamad Norulaini Supardi, 33, selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mazuliana Abdul Rashid kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.



Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa kepada empat anak itu didakwa memiliki tiga buku berunsur keganasan dan berkaitan dengan Islamic State dan juga satu lukisan bendera kumpulan pengganas itu.

Bagi pertuduhan ketiga dan keempat, lelaki itu didakwa memiliki satu artikel dan dua video berunsur perbuatan keganasan dalam satu telefon bimbit berwarna hitam.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Kajang pukul 9.25 pagi pada 23 Jun lalu.

Bagi kesemua kesalahan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan.



Hakim Mazuliana kemudian menetapkan 30 Ogos ini bagi sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Ainaa Ridzwan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button