Penganggur didakwa miliki item, sokong kumpulan pengganas IS

Oleh – Syeikh Baran


Penganggur didakwa miliki item, sokong kumpulan pengganas IS
Gambar Hiasan

Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen, hari ini atas dua pertuduhan iaitu memiliki item-item yang berkaitan dengan kumpulan pengganas dan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Islamic State (IS) bulan lepas.

Tertuduh, Fauziahanim Abdullah, 56, menggangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnah, namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.



Menurut pertuduhan, tertuduh memiliki telefon bimbit jenis Vivo V2043 dan sebuah pemacu kilat USB (pendrive) jenis Sundisk 16GB pada 9.02 pagi, 23 Jun di Kompleks Suria Kinrara, daerah Petaling Jaya, di sini.

Wanita tersebut dituduh di bawah Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman pemenjaraan tidak melebihi tujuh tahun atau denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Malah, Fauziahanim turut berdepan satu lagi pertuduhan iaitu memberi sokongan kepada kumpulan pengganas sama dengan menggunakan aplikasi media sosial, Instagram atas nama Aurora Millisaa @Hanee_bear_ di Bahagian E8 Counter Terrorism Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman pada 9.15 pagi, 28 Jun lepas.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 40 tahun atau dengan denda dan hendaklah dirampas mana-mana harta yang telah digunakan dalam melakukan kesalahan itu jika sabit kesalahan.



Timbalan Pendakwa Raya, Rullizah Abdul Hamid mengendalikan pendakwaan dan mahkamah kemudian menetapkan 20 September untuk sebutan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button