Berlagak polis samun warga asing guna parang

Oleh – Syeikh Baran


Berlagak polis samun warga asing guna parang
Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan yang menyamar polis dan menyamun warga asing di sebuah kawasan perumahan di Johor Bahru, Selasa lalu.

Dua lelaki tempatan yang menyamun warga asing dengan menyamar sebagai anggota polis di sebuah kawasan perumahan di bandar raya ini awal pagi kelmarin berjaya ditahan pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek berusia 29 dan 30 tahun itu ditangkap pada pukul 11 malam, manakala seorang lagi rakannya yang masih bebas sedang dikesan.



“Dalam kejadian pada pukul 1.15 pagi Isnin itu, tiga suspek ‘mengumpan’ mangsa membuka pintu rumah dengan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

“Mangsa yang terperdaya membuka dan mendapati tiga lelaki berparang. Mangsa dipukul manakala barangan berharga seperti motosikal, telefon bimbit dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM6,300 dilarikan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kedua-dua suspek juga mengaku melakukan perbuatan itu dan mempunyai rekod kes jenayah serta dadah. Ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Sumber -KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button