Olimpik Paris: ‘The Terminator’ janjikan aksi terbaik

Olimpik Paris: ‘The Terminator’ janjikan aksi terbaik

Olimpik Paris: ‘The Terminator’ janjikan aksi terbaik

SHAH Firdaus bakal turun ke saingan Olimpik keduanya pada temasya yang berlangsung di Paris nanti.PELUMBA berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom mahu melakukan terbaik menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 ketika membuat penampilan kedua di temasya terbesar dunia itu.

Shah Firdaus yang digelar ‘The Terminator’ telah melakukan persiapan terbaik sebelum ke Paris itu sekali gus mengharapkan doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar mereka meraih keputusan positif di bumi Paris.

Shah Firdaus bersama Datuk Azizulhasni Awang dan Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri akan memulakan perlumbaan mereka bermula 7 Ogos depan di Velodrome National St Quentin -en- Yvelines.



“Segala persiapan berjalan lancar sebaik kami menjalani latihan di sini. Kami berharap segala-galanya juga berjalan dengan baik apabila bermulanya Sukan Olimpik Paris nanti yang berbaki kurang dua minggu lagi,” ujarnya.

Sementara itu, Nurul Izzah pula berterima kasih kepada semua pihak terlibat terutamanya Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sehingga membolehkannya beraksi buat kali pertama di pentas Olimpik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Akmal Salah Punching Bag Atau Haziq Salah Gelanggang




“Tanpa sokongan dan bantuan para pegawai MSN dan ISN, sudah tentu sukar bagi saya untuk membuat penampilan sulung pada Sukan Olimpik di Paris.

“Banyak sumbangan mereka sehingga saya terpilih,” kata Nurul Izzah yang kini digelar The Pocket Rocketwoman.

Menjelang di Paris nanti, ketiga-tiga pelumba berbasikal negara itu bakal dibekalkan basikal baharu versi Olimpik Paris 2024 iaitu Vorteq WX-R yang dibawa khas dari United Kingdom (UK).



Olimpik Paris: ‘The Terminator’ janjikan aksi terbaik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button