Ibu Nur Farah Kartini : Mak balik dulu nak [VIDEO]

Ibu Nur Farah Kartini : Mak balik dulu nak [VIDEO]

Ibu Nur Farah Kartini : Mak balik dulu nak [VIDEO]
Ahli keluarga Allahyarham Nur Farah meluangkan masa menziarahi pusaranya sebelum berangkat pulang ke Miri, Sarawak.
PETALING JAYA – “Tolong tengok dan jagakan Faa (Nur Farah Kartini) dekat sini,” itulah pesanan yang dititipkan ibu kepada Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah kepada keluarga besannya sebelum beliau bertolak balik ke Sarawak, hari ini selepas selesai pengebumian anak bongsunya itu di Pekan, Pahang.

Menerusi perkongsian ahli keluarga Allahyarham di TikTok @syerilhudsons semalam, individu tersebut memuat naik video memaparkan ibu dan adik beradik Nur Farah Kartini, 25, hadir menziarahi pusaranya, semalam.

“Mak balik dulu nak, kata-kata terakhir mak sebelum berangkat balik ke Miri Sarawak esok (hari ini). Pesanan kepada besan, ‘Tolong tengok dan jagakan Faa dekat sini’.



“Terus semua menangis. Semoga Allah terus merahmati Faa. Rumah Faa dah cantik, ramai orang bermurah hati sedekahkan rumah baru untuk Faa di negeri abadi. Terima kasih orang-orang baik,” kata @syerilhudsons di ruangan kapsyen video tersebut.

Dalam video tersebut, dapat dilihat wajah sayu ibu serta abang-abang Nur Farah sewaktu menyiram air di atas pusara Allahyarham.


Sebelum ini, abang Allahyarham, Mohd. Farizza Azmi, 28, menerusi hantaran di Facebooknya telah memuat naik gambar dia sedang memegang batu nisan tertera nama adiknya itu dengan menyertakan kapsyen dalam dialek Sarawak.

“Kamek balit dolok, kelak kamek datang lagik (Saya balik dulu, ada masa saya datang lagi),” katanya.

Perkongsian kedua-dua ahli keluarga mangsa bunuh itu dipenuhi dengan ucapan takziah daripada orang ramai yang rata-rata berharap agar roh Allahyarham tenang di alam sana.



Jenazah Nur Farah Kartini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang yang juga merupakan kampung kakak iparnya bagi memudahkan urusan.

Terdahulu, Kosmo! memaklumkan Nur Farah dilaporkan hilang sejak 10 Julai 2024 selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan dan mayatnya dijumpai oleh pihak polis di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira pukul 6 petang, Isnin lalu.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

@syerilhudsons



“Mak balit dulu nak” – Mak. Kata-kata dan usapan terakhir abang kepada Almarhumah Nur Farah Kartini sebelum berangkat balik ke Miri, Sarawak esok. Pesanan akhir ibu arwah kepada besan “Tolong tengok dan jagakan Faa kat sini”. Terus semua menangis 😭🤲🏻 Semoga Allah terus merahmati Faa. Rumah Faa dah cantik. Ramai org bermurah hati sedekahkan rumah baru untuk Faa di negeri abadi. Terima kasih orang2 baik. justicefornurfarahkartini nurfarahkartini

♬ original sound – syerilhudsons – syerilhudsons

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button