Kante mungkin kembali ke London

Kante mungkin kembali ke London

Kante mungkin kembali ke London
KANTE dilaporkan tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke London biarpun mengakui gembira di Al-Ittihad. – AFP

LONDON – West Ham United kini dalam usaha untuk menandatangani bekas pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante dari Al-Ittihad dan dilaporkan rundingan antara kedua-dua pihak sedang berlangsung.

Kante yang berpindah ke Arab Saudi pada 2023 selepas tujuh tahun bersama Chelsea, dikatakan gembira dengan kelabnya sekarang, tetapi terbuka untuk kembali ke London.

West Ham dijangka perlu membayar sekitar £20 juta (RM118 juta) untuk mendapatkan pemain tengah tersebut yang telah membuktikan di Euro 2024 bahawa dia masih mampu beraksi di peringkat tertinggi.



Dalam pada itu, kelab itu kini sedang mencari pemain tengah bertahan kerana mereka tidak menyambung perjanjian Kalvin Phillips selepas pemain itu tidak memenuhi jangkaan semasa dipinjamkan dari Manchester City musim lalu.

West Ham juga dikatakan berminat dengan pemain tengah Sepanyol, Aleix García sebelum pemain itu memilih untuk menyertai juara Bundesliga, Bayer Leverkusen.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dr Akmal Salah Punching Bag Atau Haziq Salah Gelanggang




Kante menikmati tempoh lapan tahun di England selepas berpindah ke Leicester dari Caen pada 2015 dan merupakan pemain penting Leicester ketika kelab itu memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2016.

Pemain tengah yang memiliki 61 cap untuk negaranya ini berpotensi menjadi tambahan berharga dalam skuad West Ham selepas ketibaan Max Kilman, Luis Guilherme, dan Wes Foderingham baru-baru ini. – AGENSI

Kante mungkin kembali ke London

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button