Tiada pembida, banglo Sajat diturunkan harga

BANGLO milik Nur Sajat yang dilelong.

BANGLO milik Nur Sajat yang dilelong.
Tiada pembida, banglo Sajat diturunkan harga

Kuala Lumpur: Harga kediaman mewah milik usahawan, Nur Sajat Kamaruz Zaman yang dilelong bank diturunkan lagi menjadi RM4.21 juta.

Menerusi hantaran seorang ejen hartanah, pengurangan itu disebabkan ketiadaan pembida bagi nilai RM4.68 juta pada Mei lalu.

“Hari itu lelong RM4.68 juta, tapi tiada pembida. Sekarang bank sudah kurangkan harga lelong ke RM4.21 juta.



“Dulu selepas berhijrah ke Australia, Nur Sajat nak jual rumah ini RM9 juta,” tulisnya.

Menurutnya, banglo dua tingkat yang terletak di Seksyen 10 Petaling Jaya itu mempunyai keluasan 11,093 kaki persegi, enam bilik dan tujuh bilik air.

Menurutnya, tarikh lelongan seterusnya pada 2 September depan.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan Nur Sajat mengesahkan mengenai lelongan itu menerusi rakaman video yang dimuat naik di TikTok.



“Betul, rumah saya memang dilelong. Saya sudah duduk sini (Australia) bukan di sana (Malaysia), jadi lelonglah. Memang betullah tu nak kena lelong,” katanya.

Menurutnya, semua harta miliknya juga sudah tiada termasuk kereta dan perniagaan yang ditinggalkan di sini.

BANGLO milik Nur Sajat yang dilelong.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Qunut Nazilah PN Di Dewan Rakyat Untuk Melaknat Siapa

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button