Lelaki takut dekati ‘Barbie Doll’

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki takut dekati ‘Barbie Doll’
Jessy mengakui perubahan mendadak itu menakutkan ramai lelaki dan kerap gagal dalam percintaan. – Newsflash

Seorang wanita dari Sepanyol mengaku menghadapi kesukaran untuk menemui cinta sejati selepas menjalani lima pembedahan pembesaran payudara semata-mata untuk kelihatan seperti patung Barbie, lapor portal berita MailOnline.

Jessy Bunny berkata, dia telah berhabis sebanyak €50,000 (RM255,288) untuk menjalani pembedahan tersebut namun, saiznya yang luar biasa membuatkan dia kerap gagal dalam percintaan.  



Wanita berusia 23 tahun itu turut mengakui bahawa lelaki yang pernah ditemuinya, hanya mahu berseronok kerana berasa takut dengan keadaan fizikalnya.  

Selepas menjalani pembedahan pertama pada usia 18 tahun, Jessy mengalami perubahan mendadak pada rupa fizikalnya sekali gus membuatkan rakan-rakan dan ahli keluarganya terkejut.

Disebabkan itu, dia dipulaukan dan panggilannya disekat.

“Saya pernah berpura-pura gembira dan kuat, tetapi saya bukan diri saya yang sebenar,” katanya. 



Jessy turut menjalani pembedahan di hidung dan beberapa prosedur menebalkan bibir serta punggung. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button