Belum apa apa sudah cakap besar – Mohd. Puad

Oleh – Syeikh Baran


Belum apa apa sudah cakap besar – Mohd. Puad
Mohd. Puad.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi meminta bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang kini bersama Pas supaya tidak bercakap besar.

Beliau menempelak Annuar kerana mendakwa calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Kelantan lebih matang dan bagus.



“Annuar kata calon Bersatu di Nenggiri ‘lebih matang’ berbanding calon orang muda Barisan Nasional (BN). Dia jauh lebih ‘style’, lebih baik, lebih bagus, lebih segala galanya.

“Belum apa apa sudah cakap besar. Kita faham maksud lebih matang itu ialah calon dari Bersatu mesti orang yang sudah berumur,” sindirnya dalam satu hantaran di media sosial, hari ini.

Mohd. Puad dalam nada sinis menasihatkan supaya Bersatu tidak silap meletakkan calon sekali lagi yang akhirnya akan menyusahkan rakyat.

Selain itu, beliau berpandangan ahli Pas tidak wajar mengundi calon daripada Bersatu kerana akan ditipu buat kali kedua.



“Nenggiri kena tolak calon daripada Bersatu awal-awal lagi. Serik doh wei. Undi Bersatu sama macam mengundi biawak hidup. Annuar tidak peduli semua itu. Dia bukan Pas tulen,” dakwanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button