Satu maut, dua cedera kemalangan libatkan e-hailing, lori
Oleh – Syeikh Baran
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan e-hailing dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Bestari di sini, hari ini.
Mangsa dikenali Miah Md. Gholap, 32, merupakan warga Bangladesh maut di lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata lima anggota pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Klang Utara bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.46 tengah hari.
Katanya, berdasarkan maklumat awal memaklumkan kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta jenis Proton Persona yang sedang melakukan perkhidmatan e-hailng.
“Terdapat tiga mangsa termasuk dua warga Bangladesh. Seorang daripada warga asing tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.
“Dua lagi mangsa cedera di kepala,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE